Orkestra Simfoni Kebangsaan

ISTANA BUDAYA

Pengenalan

Sejarah Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bermula pada tahun 1989, apabila Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia telah melantik seramai 17 Ahli Muzik Profesional sepenuh masa sebagai asas kepada penubuhan orkestra tersebut. Pada tahun 1993, OSK telah pun dilancar secara rasmi oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan ketika itu.

Semenjak dilancarkan pada 28 Ogos 1993, OSK telah mengadakan pelbagai corak persembahan selaras dengan kehendak semasa, dalam dan luar negara. Selain memainkan lagu-lagu klasikal barat, opera, ballet dan muzikal, orkestra ini juga sentiasa mendapat perhatian apabila banyak mengiringi artis-artis terkemuka tanah air seperti Yuna, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Wings, Jamal Abdillah Jaclyn Victor, Stephen Rahman Hughes dan ramai lagi, Selain itu, OSK turut dijemput untuk menjayakan konsert ternama seperti “Harry Potter and the Philosopher’s Stone in Concert 2017″, “Distant Worlds” dan banyak lagi.

Antara persembahan OSK di luar negara adalah di Esplanade, Singapura (2003), Tokyo dan Osaka, Jepun sempena “Asia Orchestra Week 2004”. Hubungan erat OSK dengan Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Kedutaan Asing menjadikan populariti OSK meningkat dan orkestra ini turut menerima pimpinan dari konduktor undangan terkenal dunia.

Kini, OSK dianggotai seramai 43 Ahli Muzik profesional sepenuh masa dibawah pimpinan Encik Nasran Nawi. Selain itu, khidmat tenaga pemuzik bebas profesional tempatan dan luar negara sering diundang bagi mengisi keperluan persembahannya.

mynsoib@gmail.com

VISI

Menjadikan setiap anggotanya yang versatile dan berteraskan kepada persembahan tempatan dan antarabangsa

MISI

Mempertingkatkan ketrampilan daya saing dikalangan anggotanya dengan menampilkan kebolehan (skill) yang tinggi, professional melalui persembahan yang terancang dan bertaraf antarabangsa.

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN KOSTUM DAN AKSESORI UNTUK PERSEMBAHAN SULUR NAKASARI PADA 28-29 JULAI 2023 DI ISTANA BUDAYA
KERJA-KERJA BAIK PULIH SATU (1) UNIT DRIVE LIFT JENAMA OTIS SERTA KERJA KERJA YANG BERKAITAN DI BANGUNAN PANGGUNG
TENDER PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN RUANG DALAM DAN LUAR PEJABAT DI ISTANA BUDAYA BAGI TEMPOH 24 BULAN
KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YBHG DATO SRI HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK, KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL
SIDANG MEDIA KONSERT AMAL - PROGRAM FLOURISHES SYMPHONIC GALA CONCERT BERSAMA SERI PUTERI SYMPHONIC WINDS DAN ANUAR ZAIN.
Konsert Klasik menampilkan Pemain Solo Itali Domenico Nordio
Majlis Taklimat MyBudaya
Pelancaran Program 2023 Istana Budaya

Skip to content