
Selepas tiga tahun (Julai 2023 – Mei 2026) ditutup bagi memberi laluan kepada projek naik taraf bumbung Istana Budaya (IB), kafeteria ikonik ini kini dibuka semula dengan wajah yang lebih segar dan premium!
Dibiayai di bawah peruntukan PPUN 2026 dan dipantau oleh BPP, projek transformasi ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC pada 24 Jun 2026. Majlis tersebut turut merangkumi sesi lawatan tapak bagi memantau perkembangan pembangunan kafeteria dan Panggung Sari.
Kami mengalu-alukan kedatangan para artis, penggiat seni, dan peminat budaya ke KOMO x Istana Budaya — ruang santai terbaik untuk bertukar idea, berdiskusi, dan menyemarakkan lagi kempen VM2026!










