
Istana Budaya telah menjalani Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) bagi meningkatkan kefahaman warga kerja mengenai Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) anjuran Unit Integriti Istana Budaya.
Kursus ini memberi pendedahan berkaitan penarafan tahap risiko (tinggi, sederhana dan rendah), di samping memperkukuh kesedaran penjawat awam terhadap pematuhan tatacara, undang-undang serta tatatertib dalam melaksanakan tugas.
Sesi telah disampaikan oleh Puan Nur Atia Shahirah Binti Mustapha, Konsultan Institut Integriti Malaysia (IIM), Lead Auditor ISO 37001 & ISO 9001 serta Penilai SPINE


















