
Malaysia–Thailand Youth Orchestra Concert 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Lambang Sari, Istana Budaya, menghimpunkan pemuzik muda dari Malaysia dan Thailand dalam persembahan yang mencerminkan semangat persahabatan, keharmonian dan kecemerlangan seni.
Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), H.E. Ms. Yuthika Isarangkura, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan Thailand, serta Ms. Darunee Thamapodol, Wakil Presiden Foundation for the Promotion of Classical Music for Youth.
Program turut merangkumi sesi perbincangan dua hala dan sidang media bagi memperkukuh kerjasama seni dan budaya antara Malaysia dan Thailand, khususnya dalam pembangunan bakat seni generasi muda serta pengukuhan diplomasi budaya serantau.


















