Istana Budaya (IB) membuka ruang dan peluang kepada pelajar daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta sama ada di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda untuk menjalani Latihan Industri di sini. Penempatan pelajar adalah tertakluk kepada kesesuaian bidang pengajian dan kekosongan di Bahagian/Unit di IB. Rujuk Fungsi Bahagian untuk maklumat lanjut berkenaan fungsi setiap bahagian di IB.
Untuk permohonan latihan industri,pemohon perlulah mengemukakan dokumen seperti berikut:
Sila emailkan kepada latihan@istanabudaya.gov.my atau hubungi 03-40265525 (Unit Latihan).
ISTANA BUDAYA
Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur