Laman Beringin Istana Budaya menjadi saksi apabila seni dan irama tradisi bertemu inspirasi dan inovasi, lahirlah sebuah ruang yang meraikan warisan, kreativiti dan kebersamaan. Laman Santai Seni Budaya : 2 Dekad bukan sekadar sebuah acara tetapi sebuah perjalanan merentas masa yang menghubungkan generasi melalui bahasa seni yang tidak pernah pudar Dua dekad mengukir memori. Dua dekad menyatukan jiwa melalui seni dan budaya. Bersama kita raikan perjalanan istimewa Laman Santai Seni Budaya yang kembali dengan wajah lebih segar, lebih meriah dan lebih bermakna sempena sambutan 20 tahun penganjurannya serta Tahun Melawat Malaysia 2026
Nikmati pelbagai persembahan seni yang memukau, aktiviti interaktif yang menghiburkan, demonstrasi seni budaya, pameran kreatif serta aneka juadah warisan Malaysia yang menggamit nostalgia dalam suasana santai dan mesra keluarga. Lebih istimewa, program ini menghimpunkan bakat-bakat terbaik daripada Istana Budaya, artis jemputan, penggiat seni, NGO, institusi pendidikan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam satu acara santai yang meraikan keindahan warisan bangsa
Rasai denyut nadi seni. Hayati irama budaya. Nikmati cita rasa warisan. Raikan kebersamaan dalam suasana penuh warna dan inspirasi kerana seni bukan sekadar tontonan tetapi sebuah pengalaman yang menyatukan hati dan memperkukuh jati diri
Laman Santai Seni Budaya : 2 Dekad Pesona Malaysia, Raikan Seni, Warisan Kita.