sejarah

ISTANA BUDAYA

Sejak tahun 1964, Kementerian Penerangan dan Penyiaran serta Kementerian Kebudayaan dan Kebajikan Masyarakat telah mengemukakan cadangan untuk membina Pusat Kebudayaan Negara Malaysia. Cadangan tapak awal adalah di Lembah Pantai yang terletak di  antara Pusat Penyiaran Malaysia dan Universiti Malaya.

Pusat Kebudayaan Negara ini dirancang untuk mewujudkan kompleks kebudayaan yang merangkumi komponen lain iaitu Muzium Sejarah,  Balai Seni Lukis Negara, Planetarium Negara, Panggung Utama, rangkaian restoran dan pusat membeli-belah barangan seni budaya.

Pada tahun 1971, Kongres Kebudayaan Kebangsaan membuat perancangan dan perbincangan mengenai penubuhan Panggung Negara. Hasilnya, pada tahun 1972, Kumpulan Budaya Negara (KBN) ditubuhkan di bawah Cawangan Penggalakan Kesenian, Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan bergerak secara amatur.

Pejabat KBN terletak di Wisma Keramat namun semua aktiviti seni budaya atau aktiviti-aktiviti kesenian dilaksanakan di sebuah rumah di Jalan Ampang sehingga penghujung tahun 1973, KBN berpindah ke Kompleks Budaya Negara di Jalan Tun Ismail yang merupakan lokasi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) hari ini.

Bermula 1974, KBN mula aktif secara profesional di bawah Cawangan Pembangunan Kesenian, Bahagian Kebudayaan (KKBS) namun tumpuan lebih terarah kepada seni tari dan seni muzik tradisional. Kemudian, pada tahun 1982, Orkestra Simfoni Muda (OSM) ditubuhkan dan 1992, Kumpulan Koir Kebangsaan ditubuhkan pula.

Seterusnya pada 1993, pembinaan Panggung Eksperimen (ET) di Kompleks Budaya Negara bermula dan pada tahun yang sama juga, OSM dinaik taraf menjadi Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang dilancarkan pada 28 Ogos.

Pada tahun 1994, Panggung Eksperimen (ET) dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat ketika itu, YABhg Tun Mahathir Mohamed. KBN pula menjadi Bahagian Panggung Negara di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (KKKP). Pada tahun yang sama, pembinaan Panggung Negara direalisasikan bermula dengan kerja-kerja penetapan tapak tanah, pemilihan reka bentuk bangunan dan perancangan kewangan.

Pembinaan ET, berserta kewujudan Auditorium Tunku Abdul Rahman di Pusat Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) di Jalan Ampang adalah suatu percubaan untuk mendapatkan pengalaman mentadbir sebuah Panggung Negara pada masa akan datang.

Pembinaan Panggung Negara Malaysia bermula pada Julai 1995 dengan melibatkan kos berjumlah RM210 juta yang meliputi 5.44 hektar dan keluasan lantai 21,000 meter persegi. Sejurus pembinaannya siap pada 1 Disember 1998, pentadbiran Panggung Negara berpindah ke premis tetap di Jalan Tun Razak. Setahun kemudian, pada tanggal 15 September 1999, sejarah tercipta apabila Panggung Negara dengan rasminya dikenali sebagai Istana Budaya.

senibina

ISTANA BUDAYA
senibina

Keunikan senibina ISTANA BUDAYA bersandarkan konsep beberapa aspek kebudayaan Melayu. Jika dilihat dari atas, bangunan ISTANA BUDAYA berbentuk seperti wau bulan Kelantan. Bentuk bangunan pula seperti sirih junjung iaitu lambang pemula upacara yang sering digunakan di dalam istiadat perkahwinan Melayu dan upacara menyambut tetamu.

Bangunan berkonsepkan bentuk rumah Melayu dengan tiga bahagian utama – serambi untuk lobi, rumah ibu untuk Panggung Sari, serta rumah dapur untuk pentas utama dan dewan latihan. Manakala tangga untuk ke Panggung Sari menggunakan konsep tangga tradisional rumah Melayu Melaka

Panggung Sari mampu menempatkan 1408 orang pada satu-satu masa, termasuk 788 orang di Balai Sari Penghadapan yang terletak di tingkat satu. Manakala Balai Sari Utama boleh menempatkan 328 di tingkat dua dan 292 orang di Balai Sari Peninjau di tingkat tiga. Kesemua tempat duduk adalah bernombor. Terdapat lampu-lampu kecil di lantai bagi memudahkan para penonton mengenalpasti tempat duduk mereka.

pintu masuk utama

Laluan masuk utama ke Panggung Sari melambangkan pintu masuk utama ke Balairong Seri Istana Kesultanan Melayu pada zaman silam. Lobi teater di tingkat tiga menyerupai rekabentuk rebana ubi iaitu gendang tradisional Melayu. Sebaik sahaja anda berada di dalam Panggung Sari, anda seakan-akan berada di dalam istana pada zaman silam. Anjung orang kenamaan di kanan dan kiri menggunakan konsep jendela rumah Melayu.

Fakta menarik

Bilangan Kerusi
10
Panggung Sari
10
Balai Sari Penghadapan
10
Balai Sari Utama
10
Balai Sari Peninjau
TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI ISTANA BUDAYA BAGI TEMPOH 24 BULAN
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYEDIAAN KESAN-KESAN KHAS UNTUK MUZIKAL JULA JULI BINTANG 7 PADA 29-30 OKTOBER 2022 DI PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PEMASANGAN SISTEM AKSI STUNT (FLYING) UNTUK MUZIKAL JULA JULI BINTANG 7 PADA 29-30 OKTOBER 2022 DI PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA
SEBUT HARGA SEWAAN PERALATAN TEKNOLOGI DAN PERKHIDMATAN PENGISIAN BAHAN GRAFIK ANIMASI UNTUK MUZIKAL JULA JULI BINTANG 7 PADA 29-30 OKTOBER 2022 DI PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN SET, PROP PERSPEK UNTUK TEATER MUZIKAL JULA JULI BINTANG 7 PADA 29-30 OKTOBER 2022 DI PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 (𝗞𝗘𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡), 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡, 𝗦𝗘𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔 (18/10/2022)
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗦𝗣𝗔𝗟 𝗘𝗗𝗜𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝙁𝙄𝙇𝙈𝙄𝙉𝙂 𝙄𝙉 𝙈𝘼𝙇𝘼𝙔𝙎𝙄𝘼 𝙂𝙐𝙄𝘿𝙀𝘽𝙊𝙊𝙆 (16/11/2022)
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐂𝐓 𝐇𝐔𝐁 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 - '𝐁𝐄 𝐓𝐇𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟐' (21/11/2022)
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐔𝐏𝐌) (24 NOVEMBER 2022)
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐑𝐀 (𝐔𝐢𝐓𝐌) 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 (5/12/2022)
Sulur Nakasari (23 & 24 Julai 2022)
Konsert Lagu Rakyat (25 - 26 Mac 2022)
Majlis Pelancaran Program 2022 Istana Budaya
TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI ISTANA BUDAYA BAGI TEMPOH 24 BULAN
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYEDIAAN KESAN-KESAN KHAS UNTUK MUZIKAL JULA JULI BINTANG 7 PADA 29-30 OKTOBER 2022 DI PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PEMASANGAN SISTEM AKSI STUNT (FLYING) UNTUK MUZIKAL JULA JULI BINTANG 7 PADA 29-30 OKTOBER 2022 DI PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA
SEBUT HARGA SEWAAN PERALATAN TEKNOLOGI DAN PERKHIDMATAN PENGISIAN BAHAN GRAFIK ANIMASI UNTUK MUZIKAL JULA JULI BINTANG 7 PADA 29-30 OKTOBER 2022 DI PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN SET, PROP PERSPEK UNTUK TEATER MUZIKAL JULA JULI BINTANG 7 PADA 29-30 OKTOBER 2022 DI PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 (𝗞𝗘𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡), 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡, 𝗦𝗘𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔 (18/10/2022)
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗦𝗣𝗔𝗟 𝗘𝗗𝗜𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝙁𝙄𝙇𝙈𝙄𝙉𝙂 𝙄𝙉 𝙈𝘼𝙇𝘼𝙔𝙎𝙄𝘼 𝙂𝙐𝙄𝘿𝙀𝘽𝙊𝙊𝙆 (16/11/2022)
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐂𝐓 𝐇𝐔𝐁 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 - '𝐁𝐄 𝐓𝐇𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟐' (21/11/2022)
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐔𝐏𝐌) (24 NOVEMBER 2022)
Skip to content