Mula dikenali dengan nama Orkestra Simfoni Muda dan kemudian diberi penjenamaan semula dengan nafas baharu yang dikenali sebagai Orkestra Simfoni Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai OSK atau National Symphony Orchestra (NSO) yang telah dilancarkan pada tahun 1993. Kini OSK bernaung di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan dikelolakan oleh Istana Budaya. Penubuhan OSK ini bertujuan dengan objektif utama iaitu bagi menggalakkan tahap apresiasi seni yang menyeluruh terhadap pelbagai lapisan masyarakat terutamanya untuk pencinta seni muzik klasikal.
Selaras dengan misi untuk memberikan persembahan berbentuk simfoni yang bermutu tinggi, OSK diperakui mempunyai pengalaman yang luas dalam menjayakan pelbagai jenis persembahan khususnya seni muzik orkestra simfoni.
Kelangsungan OSK dalam industri muzik selama 32 tahun juga berpandukan kepada visi untuk menjadi sebuah pusat yang melahirkan bakat-bakat baharu dengan program pendidikan dan jangkauan dalam meningkatkan kefahaman dan kecintaan masyarakat terhadap seni dan budaya.
RHYTHM SECTION
ISTANA BUDAYA
Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur