
Lawatan kerja YB Tuan Chiew Choon Man ke Istana Budaya pada 21 April 2026 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh dan memartabatkan sektor seni dan budaya negara.
Lawatan ini memberi tumpuan kepada penilaian fasiliti, tahap kesiapsiagaan operasi serta perancangan strategik dalam memastikan Istana Budaya terus berperanan sebagai institusi seni persembahan bertaraf dunia.
Selain itu, perbincangan turut menjurus kepada usaha mempertingkatkan pengalaman pengunjung, memperkasa penggiat seni tempatan serta memastikan kesinambungan penganjuran program berkualiti tinggi yang mampu menarik minat masyarakat dan pelancong.









