Orkestra Tradisional Malaysia

ISTANA BUDAYA

Pengenalan

Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) telah dilancarkan pada
6 Februari 2010 dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Kini, OTM bernaung di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan dikelolakan oleh Istana Budaya. Penubuhan OTM adalah selaras dengan visi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) demi mengapreasiasi seni kepada seluruh rakyat Malaysia.

OTM merupakan satu-satunya orkestra unik yang membawa imej Malaysia dengan kombinasi alat-alat muzik tradisional yang mewakili pelbagai etnik dan kaum seperti kaum Melayu, India, Cina, Sabah dan Sarawak. Keunikan komposisi lagu yang dibawa oleh OTM menghasilkan identiti kesenian muzik negara yang unik, menggalakkan keharmonian sekali gus menyuburkan semangat perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia. OTM juga sering diundang untuk membuat persembahan di acara-acara khas seperti di Istana Negara selain sering diundang dalam pelbagai acara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kelangsungan OTM dalam industri muzik selama 15 tahun juga berpandukan kepada visi Istana Budaya untuk menjadi sebuah pusat yang melahirkan bakat-bakat baharu dengan program pendidikan dan jangkauan dalam meningkatkan kefahaman dan kecintaan masyarakat terhadap seni dan budaya sehingga ke akar umbi.

OTM Istana Budaya

ALAT-ALAT MUZIK TRADISIONAL OTM

  • Bowed String

    • Rebab
    • Erhu
    • Gaohu
    • Zhong Hu
    • Cello
    • Double Bass

    Plucked Strings

    • Yang Qin
    • Sape
    • Sitar
    • Gambus
    • Mandolin
    • Zhong Ruan
    • Pipa

    Woodwinds

    • Seruling
    • Bansuri
    • Serunai / Bansi / Seluang / Pupuik
    • Dizi
    • Souna
  • Gamelan

    • Bonang
    • Saron Pekin
    • Saron Baron
    • Gong Gamelan
    • Gambang
    • Demung
    • Greteh

    Percussions

    • Gendang Melayu
    • Kompang / Marwas
    • Latin Percussion
    • Tabla

    Rhythm Section

    • Keyboard
    • Drum
    • Electric Bass
    • Acoustic Guitar
KERJA-KERJA PENGGANTIAN LAMPU TAMAN DI BANGUNAN PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA BAGI TEMPOH 12 MINGGU
MEMBEKAL SISTEM RANGKAIAN DI ISTANA BUDAYA BAGI TAHUN 2025
SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIK PULIH SISTEM STAGE MANAGER DESK DI PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA
KERJA-KERJA BAIK PULIH LANTAI TEMPAT LETAK KENDERAAN ARAS BASEMENT SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN PANGGUNG ISTANA BUDAYA BAGI TEMPOH 12 MINGGU
SEBUT HARGA KERJA-KERJA PENGGANTIAN SISTEM DIMMER LAMPU AUDITORIUM BANGUNAN PANGGUNG, ISTANA BUDAYA
Perhimpunan Khas Sempena Program Amanat Tahun Baharu 2025 YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim