Laman ini merupakan kawasan padang bertar yang terletak antara Istana Budaya dengan Balai Seni Negara dan popular dengan “Program Laman Santai” serta karnival jualan melibatkan selebriti tempatan kerana keluasan yang amat bersesuaian. Laman Beringin dikelilingi pokok-pokok besar yang meneduhi ruangan ini.
Kadar sewa Laman Beringin adalah RM2000(tanpa elektrik) dan RM2400(dengan elektrik) sehari.
Sebarang pertanyaan serta permohonan penyewaan boleh dihantar ke info@istanabudaya.gov.my
Laman Puri diangkat namanya dari kraton purba yang merupakan sebuah nama klasik menggambarkan laman istana. Laman ini berhiaskan tanaman hijau bersisipkan dingin pancutan air.
Kadar sewa Laman Puri adalah RM2000(tanpa elektrik) dan RM2400(dengan elektrik) sehari.
Sebarang pertanyaan serta permohonan penyewaan boleh dihantar ke info@istanabudaya.gov.my
Laman Cempaka merupakan kawasan yang dipenuhi rimbunan cempaka kuning yang berkembangan saban pagi pada musimnya. Selain daripada sesuai digunakan untuk karnival jualan, laman ini juga turut digunakan untuk aktiviti sukan seperti permainan bola tampar dan lain-lain yang dianjurkan oleh Kelab KERIS.
Kadar sewa Laman Cempaka adalah RM1000(tanpa elektrik) dan RM1200(dengan elektrik) sehari.
Sebarang pertanyaan serta permohonan penyewaan boleh dihantar ke info@istanabudaya.gov.my
ISTANA BUDAYA
Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur