Sesi perjumpaan YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, KSU Komunikasi bersama Skim Perkhidmatan Bakat dan Seni di Istana Budaya berlangsung dalam suasana penuh keterbukaan dan kolaboratif.
Antara agenda utama termasuk sesi libat urus dua hala, perbincangan hala tuju pembangunan kerjaya, kebajikan penggiat seni serta usaha memperkukuh dalam aspek bakat dan seni terus relevan dan mampan.
Lawatan untuk sesi walkabout pameran di ruang legar Istana Budaya juga dijalankan bagi menampilkan hasil kerja, projek kreatif serta pencapaian warga skim sebagai manifestasi sumbangan mereka dalam memperkukuh landskap seni dan budaya negara.
Pertemuan ini memberi ruang kepada warga bakat dan seni untuk berkongsi pandangan, cadangan serta permasalahan yang dihadapi dalam memperkasa industri kreatif negara.
Sesi ini turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Orkestra Tradisional Malaysia dan Orkestra Simfoni Kebangsaan.








