Pengunjung boleh menggunakan Jalan Tun Razak dan Jalan Kuantan, Kuala Lumpur untuk ke Istana Budaya. Pengangkutan awam yang boleh digunakan teksi, bas (Rapid KL No.104) dan juga sistem Pengangkutan Rel Ringan (LRT) perhentian Titiwangsa. Terdapat dua kawasan lapng di Istana Budaya untuk para pengunjung meletak kenderaan dengan selesa tanpa sebarang caj.
Terdapat surau yang selesa disediakan di tingkat U1 yang boleh digunakan oleh pengunjung untuk menunaikan solat.
Terdapat kafeteria yang menghidangkan juadah tempatan dan barat secara bufet dan ala carte.
Waktu operasi
Hari bekerja : 7:00 pagi – 5:00 petang
pada hari persembahan : 7:00 pagi – 9:00 malam
Istana Budaya ada menyediakan kemudahan bagi pengunjung OKU seperti tandas OKU, kerusi roda dan laluan di kawasan lobi Istana Budaya
ISTANA BUDAYA
Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur