Program PERMATA Seni Muzik khusus bagi kanak-kanak dan remaja yang berumur antara 7 hingga 18 tahun yang berbakat dan berpotensi tinggi dalam bidang seni muzik. Mereka diberi pendedahan dan latihan agar potensi, kebolehan dan bakat mereka dapat diperkembangkan ke tahap yang lebih tinggi.