Kandungan Sedang Dikemaskini
Selasar Pualam terletak di aras dua (2) dan merupakan ruang lobi terbesar di Istana Budaya. Nama Selasar PualamĀ bermaksud serambi berlantai marmar batu. Ruang yang sangat luas dengan keadaan lantai yang dihiasi marmar bernilai yang dibawa dari luar negara menjadikan Selasar Pualam kelihatan gah dan menarik untuk digunakan bagi pelbagai aktiviti.
Ruang ini seringkali digunakan untuk sesi sidang media dan sekali-sekala digunakan sebagai ruang latihan tambahan untuk tarian dan lakonan. Selain itu juga, Selasar Pualam sesuai untuk digunakan sebagai ruang jamuan sekiranya bilangan tetamu yang hadir melebihi 100 orang.
Kadar sewa untuk Selasar Pualam adalah RM1000 sehari.
ISTANA BUDAYA
Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur