Fungsi Bahagian

ISTANA BUDAYA

Bahagian Khidmat Pengurusan

  1. Merancang dan melaksanakan hal-ehwal pengurusan sumber manusia di Istana Budaya yang merangkumi urusan pengambilan, pelantikan, urusan perkhidmatan, pembangunan kompetensi, penilaian prestasi, pengurusan kemudahan dan ganjaran, urusan persaraan serta pentadbir bagi Human Resource Management Information System (HRMIS);
  2. Mengurusetiakan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Istana Budaya;
  3. Menyediakan Anggaran Belanja Mengurus Tahunan Istana Budaya, mengawal serta memantau prestasi perbelanjaan berdasarkan jumlah peruntukan yang diluluskan;
  4. Mengurus sistem penggajian secara menyeluruh yang merangkumi penyediaan data gaji, pemprosesan elaun dan potongan, semakan kelulusan, serta memastikan pembayaran gaji dilaksanakan dengan tepat, mengikut jadual dan mematuhi peraturan semasa;
  5. Bertanggungjawab untuk merekod dan mengurus transaksi kewangan, menyediakan penyata kewangan, mengendalikan terimaan dan bayaran, serta memastikan pematuhan kepada peraturan dan piawaian perakaunan;
  6. Menguruskan hal-ehwal pentadbiran am pejabat, kawalan keselamatan, perkhidmatan pembersihan ruang pejabat serta bangunan, pengurusan aset alih dan stor, pengurusan kenderaan jabatan serta pengurusan kaunter khidmat pelanggan bagi memastikan kelancaran operasi harian di Istana Budaya;
  7. Mengurusetiakan Mesyuarat Pengurusan Istana Budaya dan mesyuarat-mesyuarat utama jabatan seperti Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK), Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) serta lain-lain;
  8. Menguruskan penyewaan premis demis di Istana Budaya;
  9. Menyelaras urusan berkaitan pertanyaan dan penyediaan jawapan Dewan Rakyat / Dewan Negara, penyediaan input serta maklum balas Kertas Jemaah Menteri atau Kertas-Kertas Dasar kementerian/ agensi;
  10. Menyediakan Perancangan Perolehan Tahunan dan menguruskan perolehan melalui pembelian terus, sebut harga atau tender bagi Istana Budaya;
  11. Mengurusetiakan Jawatankuasa Pasukan Petugas e-Perolehan (JPeP) Istana Budaya dan memastikan semua urusan perolehan dilaksanakan mengikut tatacara dan peraturan yang berkuat kuasa;
  12. Menyedia, mengurus dan menyelenggara peralatan teknologi maklumat dan komunikasi bagi Istana Budaya mengikut keperluan semasa; dan
  13. Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal berkaitan teknologi maklumat dan rangkaian komunikasi serta bertindak sebagai pentadbir (administrator) bagi laman web rasmi dan sistem tiket Istana Budaya.

Bahagian Pemasaran dan Pengurusan Panggung

  1. Mengurus permohonan dan melaksana proses pemilihan serta penilaian untuk kelulusan mengadakan program persembahan di Istana Budaya;
  2. Merancang, mengurus dan menyelaras program komunikasi korporat dan perhubungan awam, pengurusan media dan publisiti  serta perhubungan pelanggan Istana Budaya;
  3. Menyelaras kandungan laman web dan media sosial rasmi Istana Budaya untuk menyalurkan maklumat korporat serta mempromosikan program persembahan Istana Budaya;
  4. Mengurus permohonan serta tuntutan bayaran sewaan Panggung Sari dan Lambang Sari di Istana Budaya mengikut prosedur yang ditetapkan;
  5. Merancang dan menyediakan penjadualan program persembahan tahunan di Istana Budaya serta menguruskan penjualan tiket program persembahan;
  6. Menyelaras dan melaksanakan urusan jemputan, sambutan dan protokol bagi acara rasmi serta program persembahan yang diadakan di Istana Budaya;
  7. Merancang, mengurus dan melaksana pelan pemasaran serta promosi berkaitan Istana Budaya, Residen Artis dan program persembahan bagi meningkatkan bilangan penonton tempatan dan antarabangsa;
  8. Menyelaras dan mengurus inisiatif penajaan korporat bagi program persembahan Istana Budaya melalui perancangan strategik, pemadanan penaja berpotensi serta memastikan penjenamaan penaja dilaksanakan secara profesional;
  9. Merancang, mengurus dan melaksana program lawatan berpandu di Istana Budaya;
  10. Mengurus dan menyelaras penerbitan bahan bercetak dan digital Istana Budaya termasuk penyediaan kandungan, reka bentuk, semakan kualiti, serta pengedaran bagi memastikan penyampaian maklumat yang berkesan, konsisten, dan selaras dengan identiti korporat jabatan;
  11. Merancang dan menyelaras penerbitan bahan-bahan bagi program persembahan Istana Budaya, laporan tahunan dan lain-lain bahan berkaitan seni persembahan dalam bentuk cetakan atau rakaman mengikut keperluan atau secara berkala;
  12. Merancang dan menyelaras pembelian bahan bacaan di perpustakaan Istana Budaya serta merangka aktiviti di perpustakaan sebagai pusat rujukan khususnya berkaitan seni persembahan;
  13. Mengurus dan menyelaras penerimaan, tindakan susulan, serta pemantauan terhadap aduan pelanggan bagi memastikan maklum balas ditangani dengan cekap, beretika dan berorientasikan penambahbaikan berterusan.

Bahagian Senireka

  1. Merancang dan menyelaras keseluruhan aspek rekaan artistik bagi program persembahan Istana Budaya untuk memastikan konsep dan elemen visual selaras dengan visi pengarah persembahan serta keperluan produksi;
  2. Menghasilkan rekaan set dan prop yang mencipta suasana bersesuaian dan menyokong konsep program persembahan selaras dengan visi pengarah persembahan serta keperluan produksi;
  3. Menghasilkan rekaan kostum, solekan dan penataan gaya yang bersesuaian dengan karakter serta konsep program persembahan selaras dengan visi pengarah persembahan serta keperluan produksi;
  4. Menghasilkan rekaan komunikasi visual seperti grafik, multimedia dan pameran untuk program persembahan Istana Budaya serta tujuan promosi;
  5. Memberi khidmat nasihat kepakaran berkaitan rekaan artistik dan elemen visual persembahan bagi pelaksanaan program persembahan di dalam atau luar Istana Budaya; dan
  6. Merealisasikan konsep dan idea rekaan yang cemerlang seiring dengan kecanggihan teknologi pentas Istana Budaya;

Bahagian Produksi

  1. Merancang dan menyelaras penyediaan cadangan program persembahan tahunan Istana Budaya yang merangkumi genre teater, tari dan muzik untuk pertimbangan kelulusan kementerian;
  2. Mengurus pelaksanaan program persembahan tahunan Istana Budaya yang telah diluluskan dan menyelaras agihan peruntukan kewangan, keperluan keseluruhan produksi merangkumi aspek artistik, teknikal, tenaga kreatif, pengurusan pentas dan penjadualan latihan / gerak kerja bagi memastikan mutu persembahan berskala cemerlang dipentaskan kepada penonton;
  3. Menyelaras Mesyuarat Pasca Nilai bagi setiap program persembahan yang telah dilaksanakan untuk menilai keberkesanan, mengenal pasti isu dan cabaran serta mencadangkan penambahbaikan bagi program persembahan akan datang;
  4. Memberi khidmat nasihat kepakaran berkaitan pengurusan produksi dan keperluan artistik bagi pelaksanaan program persembahan di dalam atau di luar Istana Budaya;
  5. Menyediakan perkhidmatan pengurusan produksi kepada syarikat produksi tempatan atau antarabangsa yang mengadakan persembahan di Istana Budaya;
  6. Menyelaras dan melaksanakan persembahan oleh Residen Artis Istana Budaya atas undangan kementerian/ jabatan/ agensi/ syarikat swasta di dalam atau di luar negara;
  7. Mengurus dan menyelaras kostum, aksesori serta prop bagi menyokong keperluan artistik dan naratif program persembahan Istana Budaya, termasuk pemilihan penyesuaian, penyimpanan, pembersihan, penyelenggaraan dan penyusunan semula bagi memastikan kualiti program persembahan; dan
  8. Menyediakan rakaman dan pendokumentasian bagi program persembahan di dalam atau di luar Istana Budaya sebagai simpanan arkib serta tujuan analisis kualiti persembahan;

Bahagian Teknikal

  1. Merancang, melaksana dan menyelia kerja-kerja teknikal serta penyelenggaraan fasiliti, sistem dan peralatan bagi memastikan kelancaran operasi dan keselamatan infrastruktur di Istana Budaya;
  2. Mengurus dan menyelaras aset tak alih Istana Budaya iaitu bangunan, tanah dan kemudahan fizikal meliputi pendaftaran, penyelenggaraan, penggunaan, penilaian dan pelupusan mengikut peraturan serta garis panduan yang ditetapkan;
  3. Merancang, melaksana dan memantau kerja-kerja penyelenggaraan berkala bagi kerosakan sistem mekanikal, sistem elektrikal, kejuruteraan awam, sistem automasi pentas, sistem lampu pentas dan sistem audio visual;
  4. Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal bagi pengoperasian sistem mekanikal, sistem elektrikal, kejuruteraan awam, sistem automasi pentas, sistem lampu pentas dan sistem audio visual;
  5. Menyediakan dokumen tender dan sebut harga bagi perolehan kerja untuk pertimbangan Lembaga Perolehan atau Jawatankuasa Sebut Harga; dan
  6. Menyediakan cadangan permohonan peruntukan bagi pelaksanaan projek pembangunan, kerja-kerja naik taraf atau baik pulih infrastruktur dan kemudahan fizikal di Istana Budaya.

Unit Integriti

  1. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti di Istana Budaya;
  2. Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika di Istana Budaya serta memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil;
  3. Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/ maklumat mengenai salahlaku dan pelanggaran tata kelakuan di Istana Budaya;
  4. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
  5. Melaksanakan fungsi urusetia Lembaga Tatatertib bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional No. 2 dan Kumpulan Sokongan No. 1 dan No. 2 di Istana Budaya.

Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK)

  1. Melaksanakan program persembahan muzik genre klasikal barat atau pop kontemporari yang telah dirancang sepanjang tahun di Istana Budaya atau atas undangan kementerian/ jabatan/ agensi/ syarikat swasta di dalam atau di luar negara;
  2. Meningkatkan apresiasi terhadap muzik genre klasikal barat khususnya dalam kalangan rakyat tempatan melalui program persembahan yang dilaksanakan;
  3. Meningkatkan kemahiran Ahli Muzik OSK melalui pelaksanaan sesi latihan berjadual, bengkel teknik lanjutan dan latihan intensif bagi memastikan mutu persembahan sentiasa berada pada tahap profesional dan selaras dengan keperluan artistik semasa;
  4. Memastikan penjagaan, penyimpanan dan penyelenggaraan alat muzik dilakukan secara sistematik serta berkala bagi menjamin kualiti bunyi, ketahanan jangka panjang serta kesediaan optimum instrumen untuk tujuan latihan dan persembahan;
  5. Mengurus, menyusun dan menyelenggara koleksi bahan skor muzik, termasuk membuat penyediaan, pengedaran, anotasi teknikal, penandaan arahan konduktor serta memastikan kesediaan bahan skor muzik yang tepat dan kemas kini bagi latihan dan persembahan orkestra; dan
  6. Mengurus dan menyelaras pelaksanaan Program PERMATA Seni Muzik di Istana Budaya bagi kanak-kanak dan remaja berumur antara 7 hingga 18 tahun yang berbakat dan berpotensi tinggi dalam bidang seni muzik.

Orkestra Tradisional Malaysia (OTM)

  1. Melaksanakan program persembahan muzik genre tradisional atau pop kontemporari yang telah dirancang sepanjang tahun di Istana Budaya atau atas undangan kementerian/ jabatan/ agensi/ syarikat swasta di dalam atau di luar negara;
  2. Meningkatkan apresiasi terhadap seni muzik tradisional khususnya dalam kalangan rakyat tempatan dan mempromosikan seni muzik tradisional kepada khalayak atau pelancong antarabangsa melalui program persembahan yang dilaksanakan;
  3. Meningkatkan kemahiran Ahli Muzik OTM melalui pelaksanaan sesi latihan berjadual, bengkel teknik lanjutan dan latihan intensif bagi memastikan mutu persembahan sentiasa berada pada tahap profesional dan selaras dengan keperluan artistik semasa;
  4. Memastikan penjagaan, penyimpanan dan penyelenggaraan alat muzik dilakukan secara sistematik serta berkala bagi menjamin kualiti bunyi, ketahanan jangka panjang serta kesediaan optimum instrumen untuk tujuan latihan dan persembahan;
  5. Mengurus, menyusun dan menyelenggara koleksi bahan skor muzik, termasuk membuat penyediaan, pengedaran, anotasi teknikal, penandaan arahan konduktor serta memastikan kesediaan bahan skor muzik yang tepat dan kemas kini bagi latihan dan persembahan orkestra; dan
  6. Memelihara seni muzik tradisional melalui penyelidikan, pendokumentasian, penggubahan dan penciptaan lagu, persembahan serta pendidikan muzik tradisional pelbagai kaum untuk memperkasa warisan budaya negara serta memastikan kesinambungan nilai seni muzik tradisional kepada generasi akan datang.
KERJA-KERJA PEMBAIKAN KELENGKAPAN UNIT MENARA PENYEJUK (COOLING TOWER) TERMASUK MOTOR ENERGY SAVING SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI BANGUNAN PANGGUNG, ISTANA BUDAYA
KERJA-KERJA BAIK PULIH LANTAI PEBBLE WASH PADA LALUAN BERTANGGA LAMAN PURI SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN PANGGUNG ISTANA BUDAYA BAGI TEMPOH 12 MINGGU
KERJA-KERJA BAIK PULIH KEMASAN KAYU DAN BINAAN KAYU SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI RUANG LEGAR UTAMA BANGUNAN PANGGUNG, ISTANA BUDAYA BAGI TEMPOH 12 MINGGU
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ALAT MUZIK ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN DI ISTANA BUDAYA BAGI TAHUN 2024
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ALAT MUZIK ORKESTRA TRADISIONAL MALAYSIA BAGI TAHUN 2024
Perhimpunan Khas Sempena Program Amanat Tahun Baharu 2025 YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim
KERJA-KERJA PEMBAIKAN KELENGKAPAN UNIT MENARA PENYEJUK (COOLING TOWER) TERMASUK MOTOR ENERGY SAVING SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI BANGUNAN PANGGUNG, ISTANA BUDAYA
KERJA-KERJA BAIK PULIH LANTAI PEBBLE WASH PADA LALUAN BERTANGGA LAMAN PURI SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN PANGGUNG ISTANA BUDAYA BAGI TEMPOH 12 MINGGU
KERJA-KERJA BAIK PULIH KEMASAN KAYU DAN BINAAN KAYU SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI RUANG LEGAR UTAMA BANGUNAN PANGGUNG, ISTANA BUDAYA BAGI TEMPOH 12 MINGGU
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ALAT MUZIK ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN DI ISTANA BUDAYA BAGI TAHUN 2024
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN ALAT MUZIK ORKESTRA TRADISIONAL MALAYSIA BAGI TAHUN 2024
Perhimpunan Khas Sempena Program Amanat Tahun Baharu 2025 YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim