Program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) : Sounds of Malaysia merupakan program Istana Budaya yang disusun untuk Kempen Gerak yang bertujuan memaparkan keunikan OTM kepada warga kampus di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Program ini memberi peluang kepada universiti-universiti di Malaysia untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama OTM bagi memberi pendedahan muzik tradisional kepada generasi muda seperti Sape, Sitar, Gambus, Yangqin, Kompang, Gamelan, Caklempong dan sebagainya. Program ini juga dilihat sebagai edutainment yang mana memberi fokus kepada pengajian muzik dan bukan untuk hiburan semata-mata. Artis istimewa yang dijemput bagi persembahan di University College Sedaya International (UCSI) adalah Aina Abdul dan Haziq Rosebi.
Penganjur : ISTANA BUDAYA
Tarikh : 16 OGOS 2025
Masa : 8.00 PM
Jenis : KONSERT
Tempat : UNIVERSITY COLLEGE SEDAYA INTERNATIONAL (UCSI) KUALA LUMPUR