LAMBANG SARI SERIES NATIONAL SYMPHONY ORCHESTRA GOES TARAKUCHA!
Orkestra Simfoni Kebangsaan bersama-sama Sean Ghazi akan membawakan persembahan Tarakucha yang mengimbau warisan seni muzik Malaysia. Sean Ghazi mencetuskan idea Tarakucha dengan misinya menghidupkan semula “big band sound” ala era klasik Melayu termasuk lagu-lagu daripada khazanah Melayu dan bahasa lain. Bermula dari tahun 2016 secara workshop di BoboKL, Tarakucha terus mengorak langkah ke konsert yang lebih besar seperti di DiverseCity KL International Arts Festival dan di Esplanade, Singapura sebagai wakil Malaysia dalam Pesta Raya 2018.