NSO Malaysia’s Lambang Sari Series: RAVEL at 150 – A Symphony of Sound and Colour!
Lambang Sari Series – Ravel at 150: A Symphony of Sound and Colour
Tahun 2025 menandakan ulang tahun ke-150 kelahiran Maurice Ravel, seorang composer tersohor yang diiktiraf sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam muzik klasik abad ke-20. Dikenali dengan kehalusan seni gubahan dan pendekatan inovatif dalam orkestrasi, karya-karya Ravel kekal relevan dan menjadi rujukan penting dalam dunia muzik moden.
Konsert ini mempersembahkan keindahan dan kepelbagaian karya Ravel melalui empat karya utama. Dibuka dengan Boléro, karya paling ikonik yang memukau dengan struktur repetitif dan crescendo yang dramatik. Ia diikuti oleh Le Tombeau de Couperin, sebuah suite yang menampilkan elemen Baroque dengan gaya ekspresif Ravel, ditulis sebagai penghormatan kepada rakan-rakan beliau yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama.
Selepas intermission, konsert membawa audiens ke alam fantasi melalui Ma Mère l’Oye (Mother Goose), sebuah suite berinspirasi kisah dongeng yang mempamerkan kepekaan Ravel terhadap warna-warna orkestrasi. Malam ini diakhiri dengan Piano Concerto in G Major, karya penuh semangat yang menggabungkan unsur jazz dengan sentuhan elegan yang menjadi ciri khas Ravel.
Konsert ini merupakan penghargaan kepada warisan kreatif seorang composer agung – satu malam penuh warna, emosi dan keindahan bunyi yang tidak harus dilepaskan.