Assalamualaikum dan Salam Malaysia MADANI.
Selamat datang dan terima kasih kepada para pelayar laman sesawang rasmi Istana Budaya yang pastinya meletakkan harapan tinggi terhadap organisasi ini yang bergerak ke arah kecemerlangan seni persembahan bertaraf dunia.
Alhamdulillah, bersyukur dengan izin-Nya, Istana Budaya dapat berada lebih dekat dengan penggiat serta penyokong industri seni persembahan melalui platform laman sesawang rasmi Istana Budaya. Istana Budaya merupakan sebuah jabatan yang bertindak sebagai pusat kecemerlangan seni persembahan negara, yang bernaung di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia kini telah berjaya menaiktaraf laman sesawang rasmi jabatan, selari dengan Transformasi Digital Istana Budaya.
Istana Budaya telah melaksanakan pelbagai program yang merupakan salah satu inisiatif jabatan selaras dengan objektif Istana Budaya sebagai medan seni persembahan pentas yang terunggul di Malaysia dan bertaraf dunia serta membangun kecemerlangan artistik dalam seni persembahan pentas.
Menongkah ke arus digitalisasi selari dengan menyambut ulang tahun Jubli Perak, Istana Budaya terus memacu ke arah yang lebih inklusif dengan mengaplikasikan kemudahan teknologi digital merangkumi pelbagai platform secara fizikal mahupun maya termasuk laman sesawang rasmi media sosial yang boleh dicapai tanpa sempadan oleh pelbagai lapisan masyarakat seluruh dunia.
Laman sesawang Istana Budaya diharap dapat menjadi medan pengantara dan sumber utama dalam menyebarluaskan maklumat dan menyampaikan aktiviti serta program berbentuk kesenian yang dianjurkan oleh Istana Budaya atau yang dipentaskan di Istana Budaya.
Istana Budaya mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada tuan/puan dalam usahasama menambahbaik mutu perkhidmatan serta demi memastikan kepentingan masyarakat dan negara dapat dipenuhi sebaiknya dalam ekosistem seni dan budaya negara tercinta.
Sekian, terima kasih.
“Istana Budaya, Seni Persembahan Pentas Bertaraf Dunia”
ISTANA BUDAYA
Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur