Panggung ini mampu menempatkan seramai 1408 orang pada satu-satu masa, iaitu 788 orang (termasuk 124 kerusi di pentas orkestra, 26 kerusi di VVIP+VIP dan 15 kerusi di Produksi) di Balai Sari Penghadapan (Stalls) yang terletak di tingkat 1, 328 orang di Balai Sari Utama (Grand Circle) di tingkat 2, 16 orang di Gold Seats tingkat 2, serta 292 orang di Balai Sari Peninjau (Upper Circle) di tingkat 3.
Sewa
Panggung Sari boleh disewa oleh syarikat penganjur acara dan promoter komersial dengan tawaran perkhidmatan dan kemudahan yang berpatutan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Unit Perhubungan Awam
Tel : 03-4026 5545
Faks : 03-4026 5552
E-mel: info@istanabudaya.gov.my
Panggung Sari merupakan pentas teater pertama di Malaysia yang dilengkapi sistem teknologi pentas yang moden. Panggung utama ini mempunyai tiga (3) tingkat yang memuatkan 1413 penonton.
2.1 Setiap permohonan mesti menggunakan Borang Cadangan Produksi (boleh dimuat turun di Borang Permohonan). Borang tersebut wajib dikemukakan berserta dokumen iaitu profil syarikat, pendaftaran SSM, Sijil Kementerian Kewangan, pendaftaran GST, penyata bank (3 bulan berturut-turut), sinopsis/konsep pementasan dan sejarah ringkas syarikat produksi (seperti dalam Senarai Semak). Permohonan yang lengkap perlu diserahkan kepada Unit Perhubungan Awam, Istana Budaya melalui emel unitpr.ib@gmail.com
2.2 Persembahan daripada luar negara dan/atau membariskan artis luar negara hendaklah dianjurkan oleh syarikat penganjur tempatan. Setelah mendapat kelulusan daripada Istana Budaya, syarikat penganjur wajib mengemukakan permohonan kepada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), sebuah pusat setempat yang memproses kemasukan persembahan dan artis luar negara. Pusat tersebut boleh dihubungi di talian +603 8911 5356
2.3 Persembahan tempatan yang membariskan artis tempatan sepenuhnya adalah dikecualikan tertaluk kepada para 2.2, Persembahan tempat3an dan juga luar negara hendaklah memohon lesen hiburan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Persembahan tersebut juga memerlukan lesen untuk menjual cenderamata dan mempamerkan kain rentang, billboard dan sebarang bentuk iklan yang dipamerkan di tempat awam. Lesen-lesen tersebut hendaklah dipamerkan di Kaunter Tiket Box Office sepanjang tempoh persembahan berkenaan.
2.4 Syarikat penganjur persembahan juga perlu memohon permit daripada pihak polis dan mendapatkan khidmat ambulans sepanjang tempoh persembahan.
3.1 | Deposit (Pembayaran deposit dilaksanakan semasa menandatangani SST) | RM3,000.00 |
3.2 | Persediaan (Bump-in) | RM 2,250.00 *sehari |
3.3 | Penyewaan Penuh | RM15,000.00 *setiap persembahan |
Agihan Tempat Duduk Khas
Istana Budaya berhak untuk diagihkan tiket khas bagi setiap persembahan untuk tempat duduk berikut:
Penerbit hendaklah memaklumkan panduan penonton dan etika pakaian seperti di etika penonton.
Sebarang bentuk bahan cetakan atau iklan persembahan hendaklah mengandungi logo rasmi Istana Budaya.
Syarikat penganjur hendaklah menggunakan khidmat ejen tiket yang bersesuaian dengan keperluan syarikat. Syarikat penganjur juga adalah dilarang untuk mencetak tiket atau pas percuma atau kad jemputan dan seumpamanya yang boleh digunakan sebagai kaedah untuk memasuki panggung tanpa kebenaran daripada ejen tiket rasmi yang dilantik.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dikemukakan kepada unitpr.ib@gmail.com
*Maklumat ini adalah tertakluk daripada perubahan tanpa notis.3
Kod Pakaian
Kasual Kemas
Tidak Dibenarkan Memakai
Seluar jeans yang lusuh/koyak, kemeja T berkolar bulat, seluar pendek, pakaian menjolok mata, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar.
Peringatan Penting
Penonton Yang Terlewat
Semua persembahan akan dimulakan tepat pada waktu yang ditetapkan. Penonton yang lewat tidak akan dibenarkan masuk sehingga waktu yang bersesuaian.
ISTANA BUDAYA
Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur