Majalah PENTAS merupakan satu-satunya bahan bacaan yang terdapat di Malaysia dengan mengutarakan isu-isu terkini mengenai seni persembahan dalam dan luar negara. Bahan bacaan ini amat bersesuaian dijadikan rujukan kepada semua lapisan masyarakat terutama yang bergiat secara langsung atau tidak langsung dalam seni persembahan.
SIDANG REDAKSI
EDITOR:
S.M Zakir
KETUA PENOLONG EDITOR:
Nik Muhamad Faiszulikwan Mohammad
PENOLONG EDITOR:
Mohd Ferdaus Hassan
Mohd Firdaus Yahaya
Ku Zahir Ku Ahmad
Shaliza Hassan
Chan Yit Fei
Isaac Lee Xi-Kwang
PENGURUSAN:
Nik Muhamad Faiszulikwan Mohammad
PENGARAH SENI:
Mohd Azrul Azrai Mohamad Mohyi
REKABENTUK HALAMAN:
Nur Izzati Daing
Muhammad Hanif Ishak
Mas Lizuardy Shahriman Ab. Rahman
FOTOGRAFI:
Ahmad Izham Md Ismail
Zamratulazmi Sarmadi
PEMBANTU PENERBITAN:
Nurul Qusyairyyah Jamaluddin
PEMASARAN PRODUK:
Gabriel Fairuz Anak Louis
Majalah Pentas – Jamal Abdillah: Perjalanan Seorang Biduan
Konsert muzikal yang berlangsung selama lima hari ini telah mendapat sambutan yang amat membanggakan. Khalayak yang yang hadir menontonnya adalah pengikut setia Jamal sejak dahulu dan amat terkesan dengan lagu-lagu yang dinyanyikannya.
Harga : RM5.00
Antara kandungan yang menarik :-
Bahan terbitan Istana Budaya boleh didapati secara walk-in di Perpustakaan Istana Budaya. Untuk pembelian / pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi 03-40265 550 / 016-343 3415 atau emel kepada kami unitpenerbitanib@gmail.com
Majalah Pentas – Mana Setangginya: Perjalanan Takdir Sebuah Karya
Apabila rakyat berjiwa setanggi
Barulah negara segar mewangi
Manusia dicipta di tahap tinggi
Di tahap rendah jangan kembali
Dua drama Noordin Hassan iaitu Mana Setangginya dan Intan Yang Tercanai dapat dilihat daripada dua sudut pendekatan strukturalisme dan pendekatan mitos.
Harga : RM5.00
Antara kandungan yang menarik :-
Bahan terbitan Istana Budaya boleh didapati secara walk-in di Perpustakaan Istana Budaya. Untuk pembelian / pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi 03-40265 550 / 016-343 3415 atau emel kepada kami unitpenerbitanib@gmail.com
Majalah Pentas – Siti Nurhaliza: Lentera Timur Imbauan Seni Tradisional Melayu
“Mengakar budi bertunjang akal,
Menjulang budaya semai warisan;
Mekar tradisi pastikan kekal,
Tak lapuk masa melangkaui zaman.”
Lentera Timur merupakan sebuah persembahan yang berteraskan akar budaya tradisional yang disifatkan sebagai cahaya atau lentera yang kekal tidak ditelan zaman.
Harga : RM10.00
Antara kandungan yang menarik :-
Bahan terbitan Istana Budaya boleh didapati secara walk-in di Perpustakaan Istana Budaya. Untuk pembelian / pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi 03-40265 550 / 016-343 3415 atau emel kepada kami unitpenerbitanib@gmail.com.
Majalah Pentas – Puan Sri Sabera Shaik: Filem Dan Teater Berbeza
Puan Sri Sabera Shaik sudah lama berkecimpung dalam bidang teater. Mulanya beliau hanya berlakon dari masa di Universiti Malaya di bawah didikan Joy Zinnoman yang kini pemilik teater The Actor’s Studio di New York. Sebenarnya beliau belajar teater dari arwah bapanya. “Saya lupa nama judul persembahan itu, tapi saya cuma membawa watak kecil-kecilan sahaja untuk private show. Jadi, pengalaman teater itu tidaklah banyak berbanding dengan pengalaman dalam drama dan filem.”
Harga : RM10.00
Antara kandungan yang menarik :-
Bahan terbitan Istana Budaya boleh didapati secara walk-in di Perpustakaan Istana Budaya. Untuk pembelian / pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi 03-40265 550 / 016-343 3415 atau emel kepada kami unitpenerbitanib@gmail.com.
Majalah Pentas – Bidasari: Antara Versi Teater & Filem Berbeza
Bidasari merupakan sebuah dari filem yang diadaptasi ke pentas. Jadi, Lokman Ghani melihat bagaimana satu teks dari filem di angkat ke genre pentas, yang bermain di fikiran beliau adalah hala tuju bagaimana ingin membawa selain dari skrip perlu diubah kerana apabila di pentas, penonton ingin menonton konflik. Di pentas kita perlu fikir ruang untuk penonton ingin menonton konflik kerana penonton akan menonton sehingga tamat persembahan.
Harga : RM10.00
Antara kandungan yang menarik :-
Bahan terbitan Istana Budaya boleh didapati secara walk-in di Perpustakaan Istana Budaya. Untuk pembelian / pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi 03-40265 550 / 016-343 3415 atau emel kepada kami unitpenerbitanib@gmail.com.
Majalah Pentas – Sehelai Daun Kenangan: Mengenang Rahimidin Zahari
Rahimidin Zahari ini adalah sebutir bintang yang amat bercahaya dan bernilai dari gelombang kelima dalam dunia kesusasteraan Tanah Melayu. Sehelai Daun Kenangan sama ada disengajakan atau tidak menjadi frasa yang sungguh menyentuh hati. Sebagai seorang yang terdidik dalam bidang agama, Rahimidin Zahari memilih tajuk puisi-puisi yang seringkali berintikan maknawi yang dalam. Sehelai Daun Kenangan adalah kumpulan puisi terakhir yang diberikan makna yang cukup dalam oleh Rahimidin Zahari, yang tentunya tidak saja-saja dijudulkan demikian.
Harga : RM10.00
Antara kandungan yang menarik :-
Bahan terbitan Istana Budaya boleh didapati secara walk-in di Perpustakaan Istana Budaya. Untuk pembelian / pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi 03-40265 550 / 016-343 3415 atau emel kepada kami unitpenerbitanib@gmail.com.
Majalah Pentas – Awang Batil: Penglipur Lara Terakhir
Bertemankan sebuah tembaga yang dinamakan Batil, Penglipur Lara yang memakai topeng hulubalang dan topeng Tok Nujum ini akan mula berceloteh dan berjenaka berkaitan cerita-cerita rakyat. Sesekali Penglipur Lara itu menggesek biola dan memukul rebana. Kanak-kanak mengelilingi mereka dan orang tua tertawa lucu. Itulah keunikan persembahan Awang Batil, yang semakin kehilangan pewarisnya. Awang Batil merupakan kesenian rakyat yang hanya terdapat di Perlis sahaja. Pewaris terakhir, Penglipur Lara Awang Batil sekarang ialah Romli Mahmud atau dikenali Pak Romli yang menguasai keseluruhan penceritaan, persembahan dan pantang larang hikayat ini.
Harga : RM10.00
Antara kandungan yang menarik :-
Bahan terbitan Istana Budaya boleh didapati secara walk-in di Perpustakaan Istana Budaya. Untuk pembelian / pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi 03-40265 550 / 016-343 3415 atau emel kepada kami unitpenerbitanib@gmail.com.
Majalah Pentas – Pak Ngah: Bapa Irama Malaysia
“Tradisi itu kekal, yang berubah itu hanya gerak. Bagi saya Kompleks Budaya Negara ini merupakan universiti muzik saya. Saya tidak belajar muzik secara formal. Saya anggap sekolah rendah muzik saya di Jalan Khatib Koyan, tempat saya mula mengenal muzik.”
Beliau dilihat sebagai komposer yang berani mencipta kelainan dan mengetengahkan lagu-lagu berentak tradisional dan etnik kreatif. Namun, kelahiran ‘Cindai’ meletakkan beliau di puncak dunia seni. Album ‘Cindai’ menerima anugerah lima platinum pada tahun 2000 dengan penjualan melebihi 250 000 unit, selain menerima pelbagai anugerah muzik.
Harga : RM15.00
Antara kandungan yang menarik :-
Bahan terbitan Istana Budaya boleh didapati secara walk-in di Perpustakaan Istana Budaya. Untuk pembelian / pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi 03-40265 550 / 016-343 3415 atau emel kepada kami unitpenerbitanib@gmail.com.
Majalah Pentas – Cerminan Seni : Tun Dr. Siti Hasmah
Bagi Tun Dr. Siti, seni muzik mampu menjadi terapi emosi terbaik kepada sesiapa jua sama ada mendengar, menghayati atau bermain sebarang alat muzik. Bersama suaminya, minat terhadap muzik dikongsikan bersama. Maka, tidak hairanlah mengapa mereka antara penonton setia yang jarang melepaskan peluang hadir ke Istana Budaya.
Harga : RM15.00
Antara kandungan yang menarik :-
Bahan terbitan Istana Budaya boleh didapati secara walk-in di Perpustakaan Istana Budaya. Untuk pembelian / pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi 03-40265 550 / 016-343 3415 atau emel kepada kami unitpenerbitanib@gmail.com.
Majalah Pentas – Pasca Covid-19 : Masa Hadapan Seni Dalam Kebiasaan Baharu
Sepanjang PKP semua aktiviti seni dihentikan. Malah setelah berakhirnya PKP sehingga sekurang-kurangnya ke hujung tahun 2020, persembahan seni yang melibatkan khalayak ramai kemungkinan besar tidak dibenarkan. Kebiasaan baharu (new normal) adalah pembentukan amalan dan gaya hidup baharu akibat perubahan dramatik yang berlaku dalam skala besar.
Harga : RM15.00
Antara kandungan yang menarik :-
Bahan terbitan Istana Budaya boleh didapati secara walk-in di Perpustakaan Istana Budaya. Untuk pembelian / pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi 03-40265 550 / 016-343 3415 atau emel kepada kami unitpenerbitanib@gmail.com.
Majalah Pentas – Primadona Tari Malaysia : Datin Sharifah Mahani
“Dalam tari, kita kena bercinta”
Anak kelahiran Alor Setar ini sudah mula menari semenjak kecil kerana minat dan dorongan ayahnya. Siapa sangka, minatnya kepada tarian telah membawa dirinya menjelajah sehingga persada antarabangsa. Lenggok tarinya mengikut irama dan dengan pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang tari, meletakkan Sharifah Mahani sebagai koreografer tari pada darjah tersendiri di negara ini.
Harga : RM15.00
Antara kandungan yang menarik :-
Bahan terbitan Istana Budaya boleh didapati secara walk-in di Perpustakaan Istana Budaya. Untuk pembelian / pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi 03-40265 550 / 016-343 3415 atau emel kepada kami unitpenerbitanib@gmail.com.
ISTANA BUDAYA
Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur