Fungsi bahagian

Istana Budaya digerakkan oleh enam (6) bahagian utama

Bahagian Khidmat Pengurusan

 

Memberi perkhidmatan sokongan dari segi pentadbiran, pengurusan sumber manusia, kewangan, perolehan, latihan dan teknologi maklumat secara berkualiti dan berkesan berdasarkan peraturan dan undang-undang.

Bahagian Khidmat Pengurusan ISTANA BUDAYA terbahagi kepada enam (6) unit iaitu Unit Pentadbiran & Pengurusan Aset, Unit Sumber Manusia, Unit Kewangan, Unit Perolehan, Unit Latihan dan Unit Teknologi Maklumat.

Bahagian Pemasaran dan Pengurusan Panggung

 

Membangun serta meningkatkan bilangan dan minat penonton terhadap seni pementasan dalam kalangan semua peringkat masyarakat tempatan dan antarabangsa melalui aktiviti promosi dan pemasaran yang berkesan.

Bahagian Pemasaran ISTANA BUDAYA terbahagi kepada empat (4) unit iaitu Unit Promosi, Unit Pengurusan Panggung, Unit Perhubungan Awam dan Unit Penerbitan.

Bahagian Teknikal

Menyediakan peralatan dan memberikan perkhidmatan teknikal bagi melahirkan dan mempertingkatkan kreativiti seni pentas ke tahap profesional di samping menyelenggara peralatan serta memastikan keselesaan penonton dan juga warga Istana Budaya berada dalam keadaan yang paling maksima.

Bahagian Teknikal ISTANA BUDAYA terbahagi kepada tiga (3) unit iaitu Unit Kejuruteraan Elektrikal, Unit Kejuruteraan Mekanikal dan Unit Kejuruteraan Awam.

Bahagian Produksi

Memberi perkhidmatan dari segi perancangan, pengurusan, penyeliaan dan pelaksanaan program pementasan/produksi tahunan dalam dan luar negara.

Bahagian Produksi ISTANA BUDAYA terbahagi kepada empat (4) unit iaitu Unit Residen Artis, Unit Pengurusan Pentas, Unit Produksi dan Unit Lakon dan Koreografer.

Bahagian Muzik

Bahagian Muzik mempunyai Visi ke arah pencapaian pembangunan artistik yang cemerlang serta meningkatkan mutu ketrampilan semua ahli muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) ke tahap antarabangsa.

Bahagian Muzik ISTANA BUDAYA terbahagi kepada satu (1) unit dan dua (2) orkestra iaitu Unit Pengurusan Muzik, Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Bahagian Senireka

Memberi perkhidmatan artistik dan kreatif dari sudut senireka persembahan dan komunikasi visual.

Bahagian Senireka ISTANA BUDAYA terbahagi kepada enam (6) unit iaitu Unit Grafik dan Pameran, Unit Set dan Prop dan Unit Kostum dan Solekan.

Skip to content